Friday 7 June 2013

Don't sleep too much.

Uhuk.
Assalamualaikum!
Di sini mahu berkongsi cerita dengan di sana. 
Emm setelah berhempas pulas selama 2 semester yakni setahun pengajian asasi kat cfs (berbaki setahun lagik!), aku dapat conclude kan yang sebenarnye perasaan bile belajar kat u atau sekolah ni macam sama jek.
Oh ye, lupe. memang la sama. Sebab aku ni baru asasi jek.
Belajar balik la semua bio math physic kimia tu kan.
tapi detail lagi la, name pun u. hihu
Haa. da tersebut pulak math kat situ. Ni yang mengimbau kenangan final exam aritu ni.
Paper Mathematics 1
.
.
.
.Aku tak boleh jawab! Nguuu ~.~ 
Soalan dia. Haih. Malas nak cakap.
Aku rase mcm banyak dah buat latihan. (Hihi)
Atau memang sebab aku ni kalau masuk bab nombor memang kiok .
Okey.
Kita tunggu dan lihat jek la result yang bakal keluar nanti.
takutnye ai! Nguuu ~.~
Pastu kat rumah pulak, pasal aku ter'inspired' dengan quotes ni 
'Don't sleep too much. Enjoy being alive & productive. There is plenty of time to be dead &definitely sleep forever'

terus kau.. balik rumah aku mmg tak tido siang.
pagi tolong mak aku kat kedai.
tgh hari hbskan novel.
petang riadah.
tp, hihihihi 2-3 ari jela bertahannye.
heeeeeeee.
lepas 2-3 ari tu paham paham la perkara yang berlaku seterusnye >.<
malu nak cite kat sini. :p
SEKIAN.

Wednesday 6 February 2013

theres a story behind a story

Assalamualaikum
long time no see kan.
uhuk uhuk 
Tak tak,kejap je ni nak ambik mase korang.
Just nak kongsi satu cerita je.
Satu je.
Iye.satu.
hihi



Aritu,pihak mahallah(kolej) aku ade organise satu talk ni sempena dgn maulidur rasul.
dan penceramah dia namenya Wan Suhaili
Tp dia suruh panggil Kak Elly je
Tersangatlah kiut miut gorgeous and still single mingle ukeyy.
Sebenarnye,Kak elly ni finalist Solehah dulu.
hee.
Dia ckp pasal 'Macam mana nak jadi seperti golongan Nabi'
Okay pastu adalah point pointnye kan.
Tapi,masa hujung-hujung talk ni kak Elly ade kongsi sat cerita pasal diri dia sendiri tau
Cerita pun bermula.....

Kak Elly pernah beberapa kali pergi buat umrah.
Ade sekali tu dia pergi buat umrah tu sengsorang,means takde mahram yang teman
tak silap aku dia ada ikut satu kumpulan ni la.
Pastu,ada sorang mak cik ni berkenan dengan kak Elly nak buat jadi menantu
kikiki
Kak Elly pun macam "ok,takpe"
Dia ingat mak cik tu memain je tau
Tapi,tetibe mak cik tu call anak dia kat Malaysia
Dengan girangnya "ha ni mama dah jumpa calon menantu mama kat tanah suci ni"

Tergamam.
Terkedu.

Ter Ter Ter...em apa apa la.

Siap bg lagi fon dekat kak elly,punye la nak suruh kak elly ckp dgn anak dia.

aiyark!

Ok,lepas tu..kak elly pun pening la nak buat macam mana ni kan?
Dia pun tanya sorang lg mak cik ni..
mak cik ni org panggil mak lang,
dia ni memang selalu g tanah suci.
setiap kali dia dpt keuntungan dr hasil bendang dia
dia guna duit tu utk beribadah kpd Allah :)


Kak elly : Mak lang macam mana ni?Patut ke elly terima?

Mak lang : elly sembahyang la istikharah dulu.Fikir betul-betul.


Ditakdirkan pulak masa buat umrah ni,kak elly ma'zurah.
So,kak elly berdoa je la.
and kak elly tak rase apa apa pun.

So,kak elly decide utk TAK terima pinangan mak cik tu.
em begitu la.

So,kalau korang la jadi mak cik tu kan
apa yang korang rasa?
haa

mesti rasa nak cakar cakar je,tarik tarik je tudung kak elly tu kan
uiih melampau pulak 
ehhe :p

Ok sambung sambung,
em kesian kak elly,
dia kena fitnah yang dia tak solat.
kan ke kak elly ma'zurah?mcm mana nak solat?
aiyark!
mak cik tu cakap kat org lain semua y buruk pasal kak elly.
tak solat la
and mcm mcm la

Sebabnya mak cik tu ingat kak elly tak terima anak dia sbb kak elly
syiokk kat ustaz y jadi ketua rombongan tu.
hihi 
padahal tak pun okay :p

Kak elly sedih.kecewa.frust.
kak elly cerita dekat mak lang,and mak lang cakap
macam ni
"Semalam mak lang ada mimpi jumpa dengan seorang yang amaaat kacak dan dia sedang menangis di hadapan ka'abah.lepas tu,mak lang pun tanya la kat orang y ada dekat dgn mak lang time tu siapa gerangan orang itu?
dan sebenarnya orang itu adalah baginda Rasulullah S.A.W"
Subhanallah :')

Ya Allah,time kak elly cerita pasal ni
sebak sangat.
semua org mcm terdiam.
sunyi.

kak elly nangis.
sedih sangat.
Kak elly ckp masa tu dia terpikir
"Ya Allah,aku ke yang buat Rasulullah S.A.W menangis teresak-esak?aku ke?"
dia tak terpikir langsung pasal mak cik tu
yang dia pikir,cuma diri dia sendiri.

Em begitu la,last sekali..tak silap aku
mak cik tu mintak maaf kat kak elly kot.
tak ingat sgt la.
hee sorii :)

Soooo,macam mana kalau korang yang ada dalam situasi kak elly ni ek?
aku pun tak dpt byg kan kalau aku ade kat situasi kak elly.
Dan betapa hebatnya mak lang mimpi jumpa Rasulullah S.A.W
Macam mana nak mimpi jumpa Rasulullah?
Renung-renungkan la amalan kita macam mana ok?
_peringatan untuk diri aku yang serba kekurangan ini jugak_
ni kak elly!sori la,mmg nk bg korang teleng pun hihi 

Tuesday 25 December 2012

Istiqamah.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Assalamualaikum awak awak yang sedang membaca
amboii,khusyuk nau dia.
hihi
Okay okay,berbalik pada hadis yang tersergam indah kat atas ni k.
So,benda first sekali yang terlintas kat pikiran aku lepas bace hadis ni ialah Istaqamah la kan
huhu
Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”
Macam mane nak cakap ye.
Sebab kengkadang bende ni pungg terjadi jugak kat aku.
:(
Astaghfirullahalazim
Amalan yang kita buat walaupun sikit je tapi berterusan lebih baik.
Macam contoh k contoh :
Le situasi :

Arissa *hambek kau name glemer aku bagi*  budak asrama.Dekat hostel, Arissa ni memang baik la.fuhh.

Solat berjemaah on time kau.

Bace Al-Ma'thurat setiap kali lepas subuh dan asar.

Bacaan Al-Quran paling minimum pun dua kali sehari.

Al-Mulk tak pernah miss tiap tiap malam.

.

.

.

Taaaapi  sayangnya..

Amalan amalan yang Arissa buat dekat asrama tu just memang khas dekat asrama jela

SobSob

Kalau dekat rumah,

Arissa..

Solat pun macam "Ahh,lambat lagi nak habis waktu.Chill ukeyy chill "

Kalau boleh bile time dah nazak,5 minit sebelum habis waktu,baru terkedek-kedek 

cetcetcet pergi ambek wudhu'

Pastu,mula la solat pun macam kartun hewhew

Arissa dekat rumah nak bace ma'thurat tu macam payaaaah sangat.

Takde feel katanye --"

Al-Mulk laaagi le kan,anda paham paham sendirik je la.

Yela time before nak tidoq tu,uiih ceghite kat tb best best woo

Sayang la kalau Arissa miss kan.

isk isk isk.

****

Haa.
Okay sambung sambung.

****

Tapi Alhamdulillah,

Ntah macam mane budak ni rase macam something lost gittew kan.So,Arissa pun pikiyaq.

Apesal dia rasa macam tu eh.

Pikir punye pikir.

Tinnggg.*mentol bercahaya atas kepala*

Dia baru tersedar yang diri dia jauh dengan kasih sayang Allah s.w.t

Astaghfirullahalazim.

Ibaratnya,apa yang dia buat dekat asrama.tu semua samada sebab :

1. Kawan kawan semua buat,takkan aku sorang cicir

2. Nak tunjuk baik kat semua orang *Nauzubillah

3. Rajin tu datang time kat asrama je

Solution nye,dia buat jugak dekat rumah apa yang dia buat dekat asrama.

Barulah hidup aman sentosa bahagia.. bahagiaaa

:D



Hmm,so amacam.Anda rasa terpukul ke tertumbuk tak?
 
ehhe

Kalau tak,tahniah ! hihi

Anda muslim/muslimat berjaya.In Sha Allah.

Nak cakap kat sini,amalan kite tu kite buat secara berterusan.

mula sikit sikit dulu,drastik sangat pun tak jadi jugak kan.

Macam kukuhkan solat kite dulu,solat awal waktu.

then start dengan Al-Ma'thurat

and so on ;)



Renung-renungkan dan buat jangan tak buat 
kikikiki ;p

.sekadar perkongsian.

Assalamualaikum :)
its a fulltime job as a muslim
takkan nak kalah dengan budak kecik uols.hihi




Wednesday 12 December 2012

Seronok ye :)

Assalamualaikum kalian.

ngehngeh
Act,baru selesai menjengah-jengah belog-belog junior aku yang tengah
ke'happy'an.Al-maklumlah,orang dah merdeka daripada SP(r)M hihi

Seronoknyeeee ! Tahniah ye !

Aii,kalau dikenang aktiviti aku lepas SPM aritu :

Ambik lesen
Isi segala borang scholarship
Interview UPNM (hihi)
  
dan lain-lain yang tak dapat di'list'kan

Tetapi,ketiga-tiga yang di atas tak sempurna pun pelaksanaan nye.hihi
Senang cite tak kesampaian la.wuu wuu sedih.
Lesen tu memang sampai sekarang tak complete,gara-gara ujian warna !
.bukan rabun warna huu.
Scholarship pulak,hmm,sedih part ni.ngehngeh result tak mengizinkan.
.Takpela.
Interview UPNM pulak,aii tinggi pulak tak cukup.
Lupe nak jengket-jengket sikit time ukur tinggi !
.Ayah aku suruh jengket.
Impian sebelum Spm,biasalah mesti nak fly fly tetinggi pergi tempat lain
hee
Agak kecewa tak dapat MARA.
Yeah,ramai kengkawan aku senasib dengan aku mostly sebab result 
English kitorang.
wiuwiuwiuwiu


Tapi,rezeki aku dan kengkawan yang bijaksana bijaksini dekat sini.Aku rase itulah the best untuk kitorang.
ohho
Tetibe,rase sebak.
meow~
 
Oleh itu,(hihi) korang kalau tak dapat fly
jangan sesedih ye.
kite gang ! (ehhe)

Tapi,batch korang ni hebat dan cerdik belaka :)
In sya Allah
Straight A+ semuanya !
Jyeah!!

Well,everything happened with reasons!

Aku percaye,pegang kata-kata tu.

 Untuk itu.Sekian.Terima Kasih.Harap Maklum

ehhe :)