Friday 7 June 2013

Don't sleep too much.

Uhuk.
Assalamualaikum!
Di sini mahu berkongsi cerita dengan di sana. 
Emm setelah berhempas pulas selama 2 semester yakni setahun pengajian asasi kat cfs (berbaki setahun lagik!), aku dapat conclude kan yang sebenarnye perasaan bile belajar kat u atau sekolah ni macam sama jek.
Oh ye, lupe. memang la sama. Sebab aku ni baru asasi jek.
Belajar balik la semua bio math physic kimia tu kan.
tapi detail lagi la, name pun u. hihu
Haa. da tersebut pulak math kat situ. Ni yang mengimbau kenangan final exam aritu ni.
Paper Mathematics 1
.
.
.
.Aku tak boleh jawab! Nguuu ~.~ 
Soalan dia. Haih. Malas nak cakap.
Aku rase mcm banyak dah buat latihan. (Hihi)
Atau memang sebab aku ni kalau masuk bab nombor memang kiok .
Okey.
Kita tunggu dan lihat jek la result yang bakal keluar nanti.
takutnye ai! Nguuu ~.~
Pastu kat rumah pulak, pasal aku ter'inspired' dengan quotes ni 
'Don't sleep too much. Enjoy being alive & productive. There is plenty of time to be dead &definitely sleep forever'

terus kau.. balik rumah aku mmg tak tido siang.
pagi tolong mak aku kat kedai.
tgh hari hbskan novel.
petang riadah.
tp, hihihihi 2-3 ari jela bertahannye.
heeeeeeee.
lepas 2-3 ari tu paham paham la perkara yang berlaku seterusnye >.<
malu nak cite kat sini. :p
SEKIAN.

Wednesday 6 February 2013

theres a story behind a story

Assalamualaikum
long time no see kan.
uhuk uhuk 
Tak tak,kejap je ni nak ambik mase korang.
Just nak kongsi satu cerita je.
Satu je.
Iye.satu.
hihi



Aritu,pihak mahallah(kolej) aku ade organise satu talk ni sempena dgn maulidur rasul.
dan penceramah dia namenya Wan Suhaili
Tp dia suruh panggil Kak Elly je
Tersangatlah kiut miut gorgeous and still single mingle ukeyy.
Sebenarnye,Kak elly ni finalist Solehah dulu.
hee.
Dia ckp pasal 'Macam mana nak jadi seperti golongan Nabi'
Okay pastu adalah point pointnye kan.
Tapi,masa hujung-hujung talk ni kak Elly ade kongsi sat cerita pasal diri dia sendiri tau
Cerita pun bermula.....

Kak Elly pernah beberapa kali pergi buat umrah.
Ade sekali tu dia pergi buat umrah tu sengsorang,means takde mahram yang teman
tak silap aku dia ada ikut satu kumpulan ni la.
Pastu,ada sorang mak cik ni berkenan dengan kak Elly nak buat jadi menantu
kikiki
Kak Elly pun macam "ok,takpe"
Dia ingat mak cik tu memain je tau
Tapi,tetibe mak cik tu call anak dia kat Malaysia
Dengan girangnya "ha ni mama dah jumpa calon menantu mama kat tanah suci ni"

Tergamam.
Terkedu.

Ter Ter Ter...em apa apa la.

Siap bg lagi fon dekat kak elly,punye la nak suruh kak elly ckp dgn anak dia.

aiyark!

Ok,lepas tu..kak elly pun pening la nak buat macam mana ni kan?
Dia pun tanya sorang lg mak cik ni..
mak cik ni org panggil mak lang,
dia ni memang selalu g tanah suci.
setiap kali dia dpt keuntungan dr hasil bendang dia
dia guna duit tu utk beribadah kpd Allah :)


Kak elly : Mak lang macam mana ni?Patut ke elly terima?

Mak lang : elly sembahyang la istikharah dulu.Fikir betul-betul.


Ditakdirkan pulak masa buat umrah ni,kak elly ma'zurah.
So,kak elly berdoa je la.
and kak elly tak rase apa apa pun.

So,kak elly decide utk TAK terima pinangan mak cik tu.
em begitu la.

So,kalau korang la jadi mak cik tu kan
apa yang korang rasa?
haa

mesti rasa nak cakar cakar je,tarik tarik je tudung kak elly tu kan
uiih melampau pulak 
ehhe :p

Ok sambung sambung,
em kesian kak elly,
dia kena fitnah yang dia tak solat.
kan ke kak elly ma'zurah?mcm mana nak solat?
aiyark!
mak cik tu cakap kat org lain semua y buruk pasal kak elly.
tak solat la
and mcm mcm la

Sebabnya mak cik tu ingat kak elly tak terima anak dia sbb kak elly
syiokk kat ustaz y jadi ketua rombongan tu.
hihi 
padahal tak pun okay :p

Kak elly sedih.kecewa.frust.
kak elly cerita dekat mak lang,and mak lang cakap
macam ni
"Semalam mak lang ada mimpi jumpa dengan seorang yang amaaat kacak dan dia sedang menangis di hadapan ka'abah.lepas tu,mak lang pun tanya la kat orang y ada dekat dgn mak lang time tu siapa gerangan orang itu?
dan sebenarnya orang itu adalah baginda Rasulullah S.A.W"
Subhanallah :')

Ya Allah,time kak elly cerita pasal ni
sebak sangat.
semua org mcm terdiam.
sunyi.

kak elly nangis.
sedih sangat.
Kak elly ckp masa tu dia terpikir
"Ya Allah,aku ke yang buat Rasulullah S.A.W menangis teresak-esak?aku ke?"
dia tak terpikir langsung pasal mak cik tu
yang dia pikir,cuma diri dia sendiri.

Em begitu la,last sekali..tak silap aku
mak cik tu mintak maaf kat kak elly kot.
tak ingat sgt la.
hee sorii :)

Soooo,macam mana kalau korang yang ada dalam situasi kak elly ni ek?
aku pun tak dpt byg kan kalau aku ade kat situasi kak elly.
Dan betapa hebatnya mak lang mimpi jumpa Rasulullah S.A.W
Macam mana nak mimpi jumpa Rasulullah?
Renung-renungkan la amalan kita macam mana ok?
_peringatan untuk diri aku yang serba kekurangan ini jugak_
ni kak elly!sori la,mmg nk bg korang teleng pun hihi